cara aku mengorat awek dari kecik smpi sekarang

Wakakaka… korang mesti piker kali nie aku nak bincang pasal cara mengorat betul tak??
Yup, kali nie aku nak syer dengan korang cara aku mengorat… dari mula2 belajar bercinta sampai la sekarang..Dan kalu korang nak tambah cara korang pun boleh jugak.. tapi awas ya, jangan yg XXX ok.(guna ilmu hitam.. dll)

Dulu masa sekolah2 dulu, kawan-kawan aku selalu berpesan masa aku mula2 menuntut ilmu mengorat. Ingat muzs!! Senjata lelaki adalah kata2… senjata perempuan pula adalah air mata.Fuhhhhhh macam nak pergi berjuang tueee. Aku pun memulakan langkah pertama mencari awek.. Annyway korang jangan ketawa dan kutuk aku tau, aku sekadar berkongsi pengalaman jer.



Taktik masa umur 14tahun...

- Assalamualaikum,

Kehadapan gadis yang selalu menjadi renungan mataku,
Terlebih dahulu saya memohon maaf seandainya kehadiran surat ini mengganggu ruangan peribadi saudari. (cewah macam surat lantikan menteri besar wooo)
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menyatakan hasrat hati saya untuk menjadikan saudari sebagai makwe saya. Saya tidak memerlukan jawapan secepat mungkin, yang penting saya dapat meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya ketika ini.
hahahaha.korang musti heran macammana la aku dapat ayat2 bunga camtu untuk tackle awek.. umur baru 14tahun lak. Itulah kelebihan membaca majala Remaja yang dimiliki makcik aku ketika tue. So.. korang rasa dapat tak??

Sabar dulu… aku akan citer masa last2 sekali nanti ok.

Taktik masa umur 15tahun

- “Hai awak… putihnya macam soya la awak nie” (sambil menguntum senyuman paling ikhlas) tegur aku pada gadis tersebut.
“Kalau dia balas senyum aku sure buleh ayat punyer nie..” getus aku dalam hati..
“Tima kasih.. alhamdullillah, sorang ajer ke?” balas gadis tersebut..
“Tengah tunggu member, tue yang boring ni..” (padahal kawan2 semua menyorok kat belakang bus stop nak tengok aku berjaya atau tidak.)

Untuk pengetahuan korang, aku mengorat awek nie masa dia lepak dengan 2 orang kawan2 dia. Setelah meyakini yang muka aku pun tak la buruk sangat dan sememangnya lumrah manusia bila dalam kumpulan yang lebih besar maka mereka akan melawan atau membalas… so aku pun menggunakan taktik menegur ala ala cute nie..



Perbualan seterusnya disambung dengan ayat2 seperi dibawah..

“selalu ker lepak kat sini?? Hmmm macam best jer kat sini…” Tanya aku lagi

“nak kata selalu tue tak la jugak.. tapi kitaorang memang favourite kat sini la kalau time balik sekolah.”balas nya lagi..
Sambil meneruskan perbualan… akhirnya sebelum mengundur diri…
“eh.. lupa pulak, sembang punya sembang… nak panggil awak apa yek??” (jangan sekali2 tanya nama awak siapa, confirm dia feel lain macam dan rasa macam kita nak ambil kesempatan pulak).. “panggil aje dila..” balasnya
“kat umah adik2 panggil apa yek??” tanya aku lagi... (pancing suda mula mengena, perempuan kebanyakan sgt sensitif bila kita mula berbual ttg keluarganya. Mereka akan mula rasa selesa dan boleh didekati dengan lebih rapat lagi)
“kat umah adik beradik 2 panggil angah..! mak & dady panggil ‘fadh’ jer..” balasnya
“I panggil angah ok tak.. manja sikit la bunyi dia” balas aku (kali nie sure melekat umpan nie).
“Ok jer, I tak kisah mana-manapun ok jer..”(jawapan yang telah biasa kujangka.. positif sign bahawa dia akan melayan anda dan menerima sebagai kekasih jika dia masih solo)

Berjaya??? Hmmm nantikan jawapan dihujung penulisan jugak..

Taktik mengorat masa umur 16tahun

“he he he…” ketawa sendirian sambil membaca majalah ujang di kaki lima berhadapan dengan gadis manis.
Seminit dua kemudian aku menjeling lihat gadis tersebut sambil tersenyum cute.. Kalau dia membalas maknanya ada peluang untuk berkenalan.
Haaa dia senyum pun, ok langkah seterusnya bangun dan berjalan terus mengahmpirinya dan terus berkata..
“Nak balik mana? Sory senyum kat awak tadi… sebab kelakar sangat kartun ni. Tak perasan orang sekeliling..” balas aku
“takpe, awak baca kartun apa tue??” Tanya gadis tersebut (yup suda kena)

So apa lagi terus la pasang ayat bunga2.. dan selamba.. sebab pompuan suka orang yang selamba tapi hormat pada mereka.

Taktik mengorat masa umur 19tahun

“Hai.. ni penyanyi kumpulan Res2 tue ke??” bertanya dengan penuh keyakinan dan bersunguh-sunguh.
“Eh bukan la.. awak salah orang ni..” balasnya.
“Maaf buat malu saya jer.. silap orang..mati mati saya ingat awak artist..” balas aku
“Takpa..” balas sigadis sambil tersenyum.. (hmmm suda kena)
“Selain saya ada ker orang lain yang buat silap macam ni?? Mintak maaf lah kalu menggangu pulak… Pergi mana ni?” Tanya aku lagi
“Saje jalan2 window shopping, ni tengah tunggu kawan2..” jawabnya lagi.
“Jom saya temankan awak window shopping sambil tunggu kawan2, saya pun tengah bosan ni.. Saya muzs… nak panggil awak apa yer??” Tanya aku.
“Hmmm panggil je ija..” jawabnya ringkas.

Tatik mengorat sekarang

Sekarang aku betul2 hilang konfiden nak mengorat.. kalau setakat nak pandang2 awek cun yang lalu lalang tue ok la. Tapi kalu nak tegur memang tak berani.. Kebanyakan cinta sekarang bermula dari persahabatan..

Menyentuh pasal awek2 yang aku ngorat dimasa muda dulu… yup memang majority semuanya dapat. Tapi hakikat percintaan putus dan ditinggalkan adalah suatu yang normal. So sehingga kini adala dalam 20kali bercinta dan putus cinta..

Semakin dewasa kini makin takut aku nak melafazkan CINTA.. sebab rasa serik pulak bila putus cinta. Rasa penat bila nak bagitau..

“Ok lah, mungkin setakat ini sahaja hubungan kita, nasib kita tiada JODOH. Kalau boleh janganlah kita bermusuhan pulak hanya kerana kita tidak bercinta..” ayat sama setiap kali memutuskan ikatan cinta atau pun menerima ayat mintak ‘breakoff’ dari aweks2 aku.

Annyway memang seronok bercinta ni.. itu yang keluar macam2 istilah cinta.. diantaranya..

CINTA Seluloid – Dikenali sebagai cinta semusim (musim belajar, waktu ekspidisi, waktu bosan) biasanya tahan dalam 2-3bulan dan sememangnya ia berlaku akibat daripada waktu tertentu yang dihabiskan bersama.

CINTA 3Segi – Percintaan yang melibatkan lebih dari satu pasangan dan sememangnya ketiga-tiga insan tersebut sedar akan perjalinan tersebut.

CINTA Sejati – Percintaan yang menyebabkan pasangan sanggup bekorban diri dan kesenangan

CINTA Terlarang – Menyalahi hukum (anak dengan mak/bapak, abang dengan adik/kakak, Suami orang dgn Bini org, Bini org dgn Budak Bujang bla bla bla...)

CINTA Simpati – Kesian punya pasal...

CINTA Monyet – Cinta suka-suka jer... “Awak!! Oh awak..!! yup saya bercakap dengan awak.. Awak minat tak jadi awek saya??”




Dan macam-macam lagi.. Anda sekarang cinta yang mana yek??